Be strong, dear heart.

Monday, March 4, 2013
This post is dedicated to the warriors...our RMP (Royal Malaysian Police) and RMA (Royal Malaysian Army) that fought and still fighting to defend for the country's safety at Sabah.

Semasa post ini ditulis, sudah 8 anggota polis gugur di perbatasan.

1. Koperal Sabarudin Daud (Lahad Datu)
2. Inspektor Zulkifli Mamat (Lahad Datu)
3. Superintendan Ibrahim Lebar (Semporna)
4. Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran (Semporna)
5. Assistant Superintendan Michael Padel (Semporna)
6. Sarjan Baharin Hamid (Semporna)
7. Sarjan Abd Azis Sarikun (Semporna)
8. Koperal Salam Togiran (Semporna)

Dan beberapa anggota yang tercedera
1. Koperal Mohd Tarmizi Hashim
2. Koperal Azman Kampong
3. Konstabel Mohd Qaiyum'aiqal Zolkifli

Wira-wira negara yang gugur telah diberi kehormatan dan kenaikan pangkat serta merta.

Sebelum kita menghina, sebelum kita mencaci dan mempolitikkan... mana hilangnya rasa kemanusiaan?

Mereka berjuang atas nama negara, demi keselamatan negara. Bukan atas nama mana2 parti.

Melihat anak2,isteri dan ahli keluarga menerima tubuh badan sekujur kaku dalam keranda menggugurkan airmata. Pergi mereka bukan lakonan, malah berjuang habis-habisan.

Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka. Sebagai keluarga, kerisauan melepaskan suami, ayah,abang/adik dan anak untuk berjuang dan sebagai anggota sendiri yang bersedia untuk pertahankan keselamatan negara.

Jujurnya air mata menitis juga melihat gambar dan siaran media mengenai ni. Anak Allahyarham Inspektror Zulkifli yang berusia 4 tahun yang tak tahu apa2, hanya mampu berkata "Abah kena bom". Anak tunggal Mendiang Asst.Supt Michael mendapat pesanan 7 jam sebelum diserang hendap supaya menjaga ibunya. Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul tidak sempat untuk mengikat pertalian pertunangan namun hasratnya sudah disampaikan kepada keluarga. Tak sayu ke hati?

Sebelum berkata apa2, bacalah sejarah dari setiap sudut.

These warriors are not acting! They really die! Please come to your senses.

Let's make d'ua for them.

Semoga Allah kembalikan keamanan kepada kawasan tersebut. Semoga Allah melindungi perajurit2 kita. Semoga Allah merahmati dan menempatkan anggota yang terkorban dalam golongan orang2 yang beriman dan para syuhada. Serta semoga keluarga arwah diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Allahumma Aamiin.

1 comments:

  1. makcikkantin said...:

    sedih kan. hari ni pun terdengar kata ada sorang lagi army kita terkorban...wallahualam..wait for berita tonite ...or esok la