Konvensyen Fiqh Wanita & Islam #2

|
Slot: Hijrah bersama Oki Setiana Dewi

Slot ni sgt pendek waktunya. Rasa tak puas mendengar Sis Oki bercerita tentang penghijrahannya. Warm and talkative lady she is :) Pretty too!

* Berhijrah mesti diiringi dengan ilmu
* Jangan cepat menilai seseorang - kenali dirinya dan sentuhi hatinya
* Berkawan dengan sesiapa pun tapi bersahabat dengan orang yang soleh
* Jadilah role model



"Bahasa keteladanan adalah lebih baik dari bahasa kata-kata"


Pembentangan 2: Prof.Dr.Muhaya
Rumahtangga & Kerjaya : Celik mata dan hati

* Tamak pahala dan ilmu
* Kahwin kerana sunnah, nak ada zuriat untuk pencen kubur
* Fokus kepada akhirat
* Dunia bahagia kerana kita bahagia
* It's all about choice!
* Manusia keladak - tidak mencari ilmu, tidak yakin, sering mengatakan "takut,risau, kalau, nanti"
* Manusia jernih - Berilmu, yakin, tenang dan sihat
* Last 5 min sebelum tidur - imagine who you want to become, apakah manfaat kita nak beri orang.


"Lagi banyak nilai kita beri, lagi banyak rezeki kita dapat"


* 5 ciri yang perlu ada dalam diri
   1. Kasih sayang tanpa syarat
   2. Memaafkan semua orang
   3. Abundance - Jangan tamak, jangan kedekut
   4. Spiritual awareness - jaga hubungan dengan Allah
   5. Ketenangan jiwa - ubah diri sendiri dahulu.

Panel 2:
i. Wanita Jangan Teraniaya: Celik Undang-Undang Keluarga - Dr.Hj.Mohd Naim



* Penganiayaan - fizikal, emosi, seksual, sosial dan kewangan
* Nikah luar Malaysia - sijil kelahiran anak tidak dapat dikeluarkan kerana tiada sijil sah.
   > Boleh dapat perintah mahkamah untuk daftar
* Poligami - Seksyen 23 (1)
* Seksyen 60 - perintah nafkah bagi isteri, mana2 suami yang merasakan isterinya nusyuz
* Seksyen 122 - perintah pembahagian harta sepencarian
* Seksyen 53 (1) - Alasan2 untuk fasakh
* Seksyen 72 - Hak tempat tinggal
* Wanita perlu celik undang-undang supaya tidak teraniaya


ii. Pengamatan prinsip & disiplin kewanitaan dalam surah An-Nur



* Celik mata > celik hati > celik roh
* AlQuran adalah cahaya
* Letakkan dalam hati kita cahaya
* Prinsip :
   i. Al Iffah - Hidup bermaruah
  ii. Menutup keaiban
 iii. Menyuburkan iman

Q & A

1. Bagaimana hendak menghadapi -ve bila terlalu bergantung kepada +ve
    > How we interpret the situation, what we believe

2. Magical thinking
   > Lihat kebaikan dalam ketakbaikan
   > Lihat kesempurnaan dalam ketaksempurnaan

Lihat apa yang kita percaya VS percaya apa yang kita lihat
- High imagination, +ve magnet vibration
- Control thoughts & emotion

3. Kos kehakiman dan khidmat guaman
   > Sulukh - tiada kos
   > Perbicaraan membabitkan kos

4. Belajar AlQuran perlu berguru
   > Bayangkan kamu kehausan, buka AlQuran dan bayangkan huruf2 itu adalah air yang menghilangkan dahaga
   > Merapatkan hubungan dengan Kalam Allah
   > Letakkan AlQuran dalam lipatan hati.



0 comments: